Pengedar Shaklee Seremban
011-3295 9495

Monday 10 August 2015

Korang, ahkak nak cite ni kisah hidup akak pengidap chronic sinusitus atas resdung yang teruk selama 2 tahun. Untuk lagi mantop ahkak bagi gambar kronologi kisah hidup ahkak. Kikiki.
Semoga apa yg ahkak kongsikan ni menjadi sumber harapan pada yang ada problem yang sama macam akak. Ada obatnya, ada penawarnya dek. Sebab ahkak paham dekk apa rasanya. Hazabedah kan?

2013 tahun pertama kena chronis sinusitus atau resdung yang sangat teruk

Tahun 2013. Permulaan chronic sinusitus yang bermula dengan selsema, tapi melarat-larat sampai infected & tersumbat teruk yang menyebabkan sakit kepala, sakit muka, sakit rahang, batuk dan ganggu perjalanan aktiviti harian pasal asek berbaring. 😢antibiotics & ubat dah tak jalan. Last-last cuba acupuncture and akhirnya bekam Alhamdulillah settle.

2014 tahun kedua kena chronis sinusitus atau resdung yang sangat teruk

Ini tahun 2014 punya cerita. Benda sama. Segala mak nenek ubat dan antibiotics dah x jalan. Kali ni bekam pun x jalan juga. Masa ni siap telan raw crushed garlics setiap hari. Hazabedah.

MRI menunjukkan sinus build up with thick mucus

Bila tarak tahan. Sebulan kemudian jumpa ENT specialist. Disebabkan dah x jalan dgn antibiotik, pakar pun dah x nak bg dah dia punya antibiotics. Dia hantaq buat XRay dan MRI. Ini lah keputusannya. Bagi yang tak pandai tgk. 

Gambar ni MRI muka ahkak dari arah depan. Rongga Sinus sepatutnya kosong. Tapi ahkak punya sudah penuh. 

Doctor terus book bilik untuk Endoscopic Sinus Surgery keesokan harinya. Utk buang hingus yang sudah bertapa selama 2 bulan dalam sinus. 

Tak reti nak describe betapa hazabedahnya bila berkeadaan begitu. Hanya mereka yang melaluinya saja paham. Hohoho.

Post Endoscopic Sinus Surgery



Ini adalah ahkak setelah keluar dari surgery. Afra masa ni tersangat sedih tengok Mama dia. Cebek2 tahan nangis. 

Anyway adakah selepas surgery tu masalah sinus ahkak hilang terus? To be honest masa bebetul lepas surgery ahkak boleh bernafas dengam seronoknya. Kosong hidungnya kosong. Allahhh. Nikmat sungguh. 

Tapi for the rest of the year, ada beberapa episod yg sama jadi. Ahkak kena selsema setiap bulan dan jadi benda yang sama.

Bila nak kena tu cepat2 jumpa doc mintak ubat sesiap makan ubat sesiap on time pantang itu pantang ini. Tapi... Tetap jadi benda yg sama. Allah...

Sampailah ahkak dah naik jemu. Ahkak dah tak sanggup nak kena setiap bulan. Akhirnya Januari 2015. Ahkak beli Vita C Shaklee dan Alhamdulillah sejak tu tak ada lagi masalah. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Kenapa ahkak pilih Vita C Shaklee bukan brand lain? Sebab ahkak pilih teknologi dia yg tak ada pada brand lain.

Betapa nikmat kesihatan yang baik ni nikmat yang sgt besor bagi ahkak. Allahu. Terima kasih Allah mengilhamkan kepada manusia-manusia ilmu yg hebat utk hasilkan product yg hebat begini. cenggini haaaa 👍 👍 👍



Atasi chronic sinusitus atau resdung teruk dengan Vita C Shaklee

Jadi inilah dia kawan baik sejak Januari 2015. Kawan baik bila tekak mula rasa perit Makan malam ni esok Alhamdulillah clear. Batuk & selsema tak jadi bertapa. Sejak Jan 2015 ahkak dah tak kena lagi selsema Alhamdulillah. Terasa-terasa nak kena tu ada, tapi cecepat amek Vita C ni Alhamdulillah terus tak jadi. Ya Allah tatau nak cakap macam mana rasa syukurnya. 

Wednesday 1 April 2015

Semalam sebelum tidur dapat tunjuk ajar dari mentor macam mana nak gerak kan biz untuk bulan baru.

Bangun pagi pun dah siap tersedia ingatan utk move forward dgn cepat.

Lagi lagi dan lagi tips dan rahsia kejayaan yang tidak akan dapat diluar dengan percuma.

Diajar macam mana set target yg spesifik lagi betul, set big why, mesti nak betul2 nak dan apa perlu buat supaya sentiasa tetap dgn target dan big why.


Mentor tak tolak saya sebab kalau tolak, sy akan tolak balik atau paling teruk jatuh tergolek.


Tapi dia tarik saya ke atas. Sebab dia sudah di atas. Sy menuju kepada dia. Mengikut kesan tapak langkah dia.

Saya tak pernah berada dalam support group yang begitu kuat seperti ini yang dipimpin oleh seorang mentor yang begitu mahu melihat kejayaan org2 yg dipimpinnya.

In fact sebelum ni macam-macam biz yang saya buat saya lone ranger. Payah, perit, sakit, langgar dinding, kena langgar, tergolek belum telanjang je. (Gurau, gurau pun tak boleh)

Sahabat, andai masih teraba-raba dalam gelap. Telusi apa yg saya katakan ini. Andai hati mengiyakan setiap mahumu mungkin itu petandanya. Kita mungkin boleh bersama-sama. 

Andai salah di mata dan di hati kalian, baca saja tanpa perlu buat apa-apa.


Ikhlas dari hati,
Shaza Shamsuddin
011-32959495
Pengedar Shaklee Seremban

Friday 27 March 2015

On 18:01 by Unknown in , , ,    No comments
Hari tu jumpa perkataan Guar Gum kat ingredients Vitamin C.
Tadi jumpa perkataan Guar Gum kat ESP.


Out of curiosity yang dilengah-lengahkan (sighhhh), terus carik fakta sambil breakfast.
Guar gum ni sejenis fiber dari biji pokok Guar. Dia macam pokok kacang.

Kegunaan biasa dia sebagai natural food tickener (pemekat) macam tepung jagung tu? Kan nak pekatkan kuah mee hailam kita guna cornstarch kan? (sedap plak sebut mee hailam nih).
Itu kerja asas dia. OK fine lah.
TAPI suprise supriseeee.......
Banyak rupanya manfaat dia boleh bagi kat badan kita ni. Saya pun baru tau. Dok laa, oooo padanlah orang kencing manis pun elok makan, padanlah nak kurus elok, padanlah itu padanlah ini.
1. Double agent pada tahi di usus kita.
- Semasa cirit birit. Dia serap lebihan air dalam tahi, jadi kuranglah cirit.
- Semasa sembelit. Dia lembutkan tahi so senang, mudah dan lancar nak keluar.


2. Turunkan kadar kolestrol.
3. Turunkan blood pressure pada orang yang ada darah tinggi. - dalam testimoni saya ada cikgu umur 52 tahun yang ada masalah darah tinggi minum ni, blood pressure kembali normal. (oooo padanlahhhh, see now you know)

4. Weight loss - ehemm.. dia buat usus jadi kembang, jadi buat kita rasa kenyang, jadi buat kita kurang makan. Nampak tak? nampak tak permainan dia kat situ?
5. Turunkan kadar gula pesakit kencing manis. - sebab tu sangat sesuai untuk orang kencing manis.

Ok. Selamat enjoy dengan ilmu baru seperti mana saya enjoy menyedutnya dan menghembuskan dia kembali kepada korang wink emoticon

Notakaki:

Jangan lupa, hari ni last promo ESP beli 6 free 1.
Hari last harga tanpa GST.

Pengedar Shaklee Seremban
011-32959495

Thursday 26 March 2015

On 04:07 by Unknown in ,    1 comment


Ada yang terpaksa berhenti kerja sebab morning sickness terlalu teruk sampai tak renti-renti amek MC. 

Ada yang kerjanya keluar masuk ward sebab lembik lemah longlai dok muntah belillah tak renti-renti. 

Saya tau. Saya pernah rasa. 

Makan muntah. Tak makan pun muntah. Yang paling kesian, Afra terbiar. Kesian sangatt. Ya Allah sedihnya bila ingat balik. frown emoticon Anakku itu pernah makan megi je sebab Mama terlalu lembik. Ya Allah sedihnya. Sampai buat keputusan balik Rawang sekurang-kurangnya Opah ada tolong jaga makan dia.

(Alamak mata masuk habuk. Gisey gisey buang habuk tapi makin byk plak air mata ni).

Doktor & nurse ada bg tips soh makan halia, tapi hat ni x lalu dek tekak. Lepas tu derang soh makan pitted prunes Sunsweet. Tersilap beli ada rasa lemon. Terus tak leh makan dah.

Saya mintak lagi tolong carikan ikhtiar kurangkan muntah2 tu jawapannya sangat mudah "tak ada benda yang boleh kurangkan rasa tu".

Tau tak sedihnya saya masa tu? Terlalu terlalu sedih.

Jadi cubalah ye sedaya upaya tolong mak-mak yang pregnant yang terukkk sgt morning sickness tu kurangkan sket alahan dia tu.

Cubalah mana tahu kot2 sesuai. Yang penting cuba. Jadi tak jadi itu belakang kira.

--- ehh tetibe sayu plak teringt kesah mengandungkan Suwi. Mentang2 birthday dia dua hari sudah. Hehe



Pengedar Shaklee Seremban
011-3295 9495

On 01:39 by Unknown in ,    No comments

Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek from iReach HD on Vimeo.

Saya tadi tutup newsfeed FB ni sebab nak konsentret keje. Tapi jenguk la kejap sebab nak share satu cerita sedih pagi ini.
Saya tadi dok dengar video mak pada anak setahun ni cerita anak dia ada masalah sembelit,
Alih-alih saya sebak, sedih sangat, sampai nangis dengar dia cerita. Dia cerita tak de la sesedih menangis ke. Tapi cerita tu macam meresap zuuppp ke dalam hati ni.
Anak umur setahun susah dan sakit nak membuang. Sedihnyaaa.. frown emoticon Sampai takut nak makan sebab nanti membuang. Ya Allah. Macam manalah ahkak nak tahan perasaan ni kan.
Kita yang dalam pantang kena sembelit pun ya Allah sampai takut nak masuk bilik air. Sampai berejam-rejam menahan dalam bilik air. Inikan budak setahun. :((
Alhamdulillah anak-anak saya tak ada teruk-teruk kena sembelit ni. Rasanya adalah sekali dua agaknya. Itu pun sebab pi ratah serbuk cocoa drink. Sapa soh? Keke
Jadi sis dalam video ni cuba ikhtiar dengan MealShake Shaklee. Alhamdulillah dalam 3 hari selesai masalah sembelit anaknya. Dan anaknya dah ada selera makan balik. Gembiranya kan?

Kenapa sembelit?
Salah satu sebab sembelit adalah kurangnya fiber (serat) dalam diet makanan. 

Bagaimana MealShakes Shaklee mengatasi masalah sembelit kanak-kanak?

MealShake Shaklee mengatasi sembelit kanak-kanak

Dalam MealShakes Shaklee ada Acacia Gum  atau nama lain AlManna. Acacia Gum mempunyai tinggi kandungan fiber di dalamnya dan salah satu dari banyak kebaikan Acacia Gum ini adalah untuk melegakan dan sekaligus menyelesaikan masalah sembelit. 

Saya quote artikel "Acacia Fiber vs. Psyllium":

Both acacia and psyllium are effective for relieving constipation, according to a study published in the "Journal of Pediatrics" in 2012. Researchers compared the effectiveness of the two fibers in children with chronic functional constipation -- a condition characterized by infrequent bowel movements. They found that both were equally effective at relieving constipation, with no noticeable difference between the two.

Tidak hairanlah kenapa saya begitu syahdu sekali bila mendapat tahu Acacia Gum ini adalah AlManna yang Allah sebut di dalam AlQuran di dalam 3 surah - Surah AlBaqarah, Surah Al'Araf & Surah Toha. Ini adalah makanan terbaik dari syurga yang Allah berikan kepada Bani Israel. Boleh baca lanjut: Acacia Gum (AlManna).


Pengedar Shaklee Seremban
011-3295 9495


ongu


Monday 23 March 2015

On 20:35 by Unknown in    No comments


Cuba jenguk list kat bawah ni dan cuba check kot-kot kita atau orang2 kita sayang keliling kita sangat perlukan bantuan ESP

1. Cepat letih dan tak bertenaga lagi sgt lemah nak buat kerja-kerja rumah sbg isteri & ibu, atau sbg pekerja di ofis. 

2. Gastrik 

3. Ibu menyusu atau hamil atau berpantang/bersalin

4. Kulit muka kusam, tona kulit tak sekata. 

5. Kulit muka ada parut2 jerawat atau bekas jerawat yg gelap

6. Rambut selalu gugur

7. Luka lambat sembuh atau baru lepas jalani pembedahan

8. Cepat lapar, selera tinggi

9. Dah makan macam-macam jenis collagen, food supplement, vitamin itu ini tapi perubahan tak memberangsangkan atau langsung tak de perubahan

10. Kencing manis.

Kalau ada sekurang-kurangnya satu di atas memang tak de pilihan lain dah lah tu.
Memang ESP lah jawapnya yer.

Beli setin harga biasa-biasa.
Beli 2 tin jimat sikit 5% discount.
Beli 6 tin jimat banyakkkk sebab free 1.
Beli sebagai ahli, super duper ohsem choice!

Notakaki: mak saya kata sedap. Payoh tu nak sampai standard sedap mak saya tu.

On 19:31 by Unknown in    No comments
Ada apa dengan protein?
1. Sebab proteinlah yang main paling banyak peranan dalam tubuh badan kita.
2. Dialah yang tolong baiki sel-sel rosak dan yg dah mati - ingat collagen? Kena ada protein nak ada collagen.
3. Dialah yang diperlukan dalam pastikan fungsi dan struktur segala tisu, sel dan organ tip top. 
4. Tak cukup protein badan tak tip top, kulit tak cantik, sel tak reproduce dgn baik, badan tak berfungsi optimum.
5. Tu yang letihlah, penatlah, laparlah, kulit tak cantiklah, tak awet mudalah, tak sadolah, tak segala

Tapi ada apa pulak dengan ESP Shaklee?

Senang. Sebab ESP adalah

1. supplement protein TERBAIK
2. dari sumber soya organik bukan GMO (bukan diubah secara genetik di dalam lab)
3. yang berkualiti TINGGI
4. yang khasiatnya SAMA dengan
- 12x ganda susu
- 4x ganda telur
- 2x ganda daging

Pendek kata cara paling mudah nak dapat sumber protein untuk badan adalah dengan... minum je ESP.
Habis cerita. The end.


On 01:36 by Unknown   No comments


Bagi anda yang memerlukan Set Gastrik Shaklee boleh hubungi saya di 011-32959495


Wednesday 18 March 2015

On 20:00 by Unknown   No comments
Ada apa dengan membership fee tu? 
Katalah, membership fee tu RM75.
Harga member depa kata kita boleh dapat dalam 25% diskaun la kata.
Katalah, kita kata membership mahai, sampai RM75. Tak mo jadi member.
Oklah fine.
Tapi kita beli punya beli punya beli pada retail price jadi RM400.
Cuba kira kalau kita beli harga member yg diskaun 25% tu, jadi berapa?
Amek calculator cepatan sih.. smile emoticon
Ha berapa? RM300 kan?
Beza berapa? RM100 kan?
RM100 tu boleh buat apa darling?
Dah boleh bayar membership fee kan?
Lepas ni kalau nak beli dah boleh dpt harga kasih sayang kan?
Berapa diskaun? 25%. Pandai!


Dah tu pi beli harga retail buat apa sayang-sayang oiiiiii..
Jadilah pengguna bijak seperti saya. Bijak... bijak... Hehe.
Nak double bijak, tanya saya, saya jadi member dengan siapa.
Sebab saya terkejut hari-hari saya dapat nasihat percuma siap boleh beli kongsi-kongsi kong beli reramai lagi.
Itu bukan dah 25% dah tu.. Ari tu saya beli reramai untuk mak abah saya, 44% jauhnya beza harga. Dari 150 hengget bayaq cuma 104 hengget. Lagi 46 hengget simpan buat simpanan di hari tuo. tongue emoticon

Friday 13 March 2015

On 22:38 by Unknown   No comments


Masalah sinus tersumbat masa selsema sampai sakit kepala sakit muka ni bukan baru ni je jadi. 

Memang dari kecik begitulah kalau kena selsema. Seteruk-teruknya sampai nak sujud, nak rukuk ke tunduk ke meghengap berdenyut2 kepala. 

Ingat lagi masa sekolah F4/F5 dulu kawan kat maktab suruh saya makan Vitamin C. 

Dia kata resdung dia banyak elok sejak mak dia bagi vitamin C. 

Jadinya balik cuti panjang mintaklah kat Mak nak vitamin C. Sodap. Rasa orenkan. Standardlah kan. 

Alhamdulillah adalah kurang masalahnya. Kalau kena selsema tak teruk sangat dan tak lah melarat lama sangat. 

Tapi ada satu masalah. 

Asek lapar! Kejap-kejap lapar. Kejap-kejap lapar. 

Aseklah nak makan. Akibatnya apa? Pipi tombam, seluar ketat, lengan gemok. 

Tu la yang Mak selalu cerita "Mak masa mengandung Mak tak makan vitamin doktor bagi. Mak buang. Sebab asek nak makan je. Gemok! Nanti budak pun besar". 

Haaa biasakan dengar mak-mak kita cakap macam ni?

Apa je food supplement saya amek mesti jadi nak makan je kejenya. 

Dulu, Habbatussauda elok sgt bg tenaga. Tapi makan tak hengatt. Terus STOP. 

Ni makan vitamin C yg ni pun sama gaklah. Tapi bertahan sebab dah malas nak amek pusing dah. Yang penting sihat. 

Tapi tu lah tu yang malas. Orang nak sihat badan. Nak bagi betul balik apa yang tak betul. 

Tapi asek lapar je letih jugak. 

Last-last mintak tolong En Google. 

DAN rerupanya....

Yang si Shaza ni tatau adalah rasa lapar tu adalah satu SIGNAL PALING PENTING yang badan nak bagitau bahawasanya:

1. "Thank you Shaza bagi aku nutrient yang aku tak cukup selama ni. Jadi skrang semua sel bolehlah berkerja dengan elok. Boleh lah aku baik pulih apa yang ko dah rosakkan. Tq. :) Sayangg ko Shaza. "

2. "Shaza sebab ko makan vitamin tu semua sel dok bekerja keras ni nak perelok badan ko ni. Nak kerja perlu tenaga Shaza. Ko makan ye bagi kami tenaga. Boleh kami bagi elok semua." - dia bagi rasa lapar. 

3. "Shaza, vitamin C ko ni dah bagus dah. Tapi bila kami nak bagi perelok masalah ko yang lain, benda lain plak tak cukup. Ko kasi cukup ye?" - AGAIN dia bagi rasa lapar. 

Kesimpulannya,

Nak kerja perlu energy -> dah bekerja habis energy -> nak energy lagi -> bagi rasa lapar 

Masalahnya yang badan mintak adalah NUTRIENT lain. Bukan makanan merapu meraban asal boleh bagi hilang lapar je Shaza oiii.

Apa yang ko makan bila ko lapar Shaza? 

Ko makan roti canai kan? 
Ko layan megi kan?
Ko cari kek, donut segala jenis benda manis kan?

Haaa haaa. Jangan tak ngaku. 

Silalah insaf. Mengaku je lah ko perlukan bendalah itu yang dok main dalam fikiran tu.  


Tengah promo tu Shaza. Apo laie?

Monday 9 March 2015

On 19:39 by Unknown   No comments

Baru menyedari dalam Vit C yang diambil sejak bulan 1 ari tu ada acacia gum.

Acacia Gum ni getah dari pokok Acacia.

Tapi paling membuat saya nangis adalah bila mengetahui yang:

Acacia gum = Arabic Gum = AlManna

AlManna ni disebut Allah dlm AlQuran 3 kali.

Makanan dari syurga yang Allah turunkan kepada Bani Israel.

وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَىٰ كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. - AlBaqarah Ayat 57

Surah AlBaqarah selalu dipasang dalam keluarga kami, dan dah lama saya bertanya suami, Almanna wassalwa tu apa? Dia cuma jawap sejenis makanan.

Semalam apa lagi google pasal AlManna sebab Allah kata Allah beri makanan yang baik-baik. Dan mesti ada 1001 kebaikan bila Allah sebut dalam AlQuran.

Ini hasil pencarian saya:

Kebaikan AlManna sangat banyak, antaranya:

- demulcent : relieve imflammation dlm salur gastro (sistem pencernaan), salur pernafasan,
- fiber yang paling senang diserap tubuh
- tinggi prebiotik semulajadi : bakteria baik yang usus perlukan. Alah yg ada dlm Vitagen, Yakult & seangkatan dgnnya. Senang lawas senang hadam. Tak do sembelit.
- rendahkan kolestrol: boleh cegah sakit jantung
- tingkatkan sistem imuniti tubuh
- melegakan sesak nafas dan batuk
- kaya kalsium
- bantu penyerapan mineral

Tu diaaa. Dah makan nak 3 bulan baru tau.

No wonder Allah sebut AlManna 3 kali dalam AlQuran, Surah AlBaqarah, Surah AlA'raf & Surah Toha.

Dannnnn Acacia Gum aka AlManna ini juga ada dalam MealShakes. Sebab tu budak-budak makan MealShakes selera makan dia naik dan penghadaman dia baik.

Memang special sungguh Vit C Shaklee saya noh?